Tentu anda pernah mengalami situasi dimana telefon anda gagal untuk berfungsi. Tutorial ini sesuai untuk telefon yang bermasalah seperti kerap restart secara sendiri ataupun telefon tersekat di logo Samsung ketika anda menghidupkan telefon.
Cara ini juga boleh dilakukan untuk anda menukar kernel kepada asal kilang iaitu kernel asal semasa anda membeli telefon tersebut. Namun jika anda tidak pernah menukar kernel asal adalah tidak digalakkan untuk meakukan proses format tersebut.
Ikut langkah dibawah dengan teliti :
1. Anda perlu muat turun firmware asal kilang bagi Galaxy Y :
(Muat Turun) extract ke dalam satu folder bagi memudahkan anda.
2. Muat turun software Odin di bawah :
(Muat Turun) lepas siap download letakkan di dekstop anda.
3. Matikan telefon anda sepenuhnya.
4. Masuk ke dalam Download Mode dengan menekan butang HOME + POWER BUTTON + VOLUME DOWN secara serentak sehingga anda memasuki Download Mode dan tekan volume up untuk ke Odin Mode.
5. Buka Odin di dekstop anda tadi dan isikan seperti gambar di bawah.
6. Sambungkan telefon anda menggunakan USB cable dan tunggu sehingga ODIN mengesan kehadiran telefon anda.Bahagian ID : COM akan menjadi warna kuning menunjukkan ia telah berjaya mengesan telefon anda.
7. Tekan butang Start di Odin dan tunggu sehingga proses ia selesai.
8. Telefon anda akan restart sendiri setelah ia selesai dan berjaya.
SELAMAT MENCUBA!





