MyTetikus adalah merupakan sebuah laman web yang memfokuskan kepada penulisan dalam dunia teknologi. Penulisan di MyTetikus merangkumi berita dalam dan luar Negara, tutorial, tips, info, reviu produk dan apa sahaja artikel yang berkaitan dunia teknologi.
MyTetikus merupakan cetusan idea daripada 2 orang adik beradik yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia IT dan telah dilancarkan secara rasmi pada 5 November 2012. Pendedahan dunia teknologi sejak dari kecil lagi telah memberi inspirasi kepada mereka untuk meneroka ke dalam bidang penulisan supaya informasi dunia teknologi dapat dikongsi dan disebarkan dengan lebih meluas di Malaysia.
MyTetikus juga bekerjasama dengan syarikat MyNetwork System. Sehingga kini, laman Facebook rasmi MyNetworks telah mencapai lebih dari 3 juta peminat setia (terima kasih atas sokongan). Ia telah menempatkan MyNetworks di tangga ke-2 bagi kategori keseluruhan Laman Pages di Malaysia.
Dengan slogan “Informasi Teknologi Terkini”, MyTetikus ingin menjadi pelopor di dalam penulisan dunia teknologi dalam Bahasa Melayu di Malaysia serta menjadi antara sumber utama informasi berkaitan teknologi kepada rakyat Malaysia.
Penulis MyTetikus
Buat masa ini, penulisan di MyTetikus disumbangkan oleh 4 orang penulis iaitu Saya Hilmi, Syafiee Ariffin, Izzat Jaafar dan Zarif Zailani.
Kami mempelawa individu yang berminat untuk menjadi penulis di MyTetikus sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Hantarkan biodata ringkas kepada kami di media[at]mytetikus.com atau syafiee[at]mytetikus.com. (Gantikan [at] dengan simbol @)
Pengiklanan Di MyTetikus
Walaupun MyTetikus merupakan medium baru dalam penulisan dunia teknologi di Malaysia, ia telah berjaya menarik minat ramai untuk membacanya. Dalam tempoh 23 hari sejak ia dilancarkan, MyTetikus telah berjaya mencapai 203,964 jumlah paparan halaman (Pageviews) dan telah dilawati oleh seramai 51,921 pelawat unik (Unique Visitors) pada bulan November 2012. Manakala pada bulan Disember 2012, laman MyTetikus berjaya mencapai 465,525 jumlah paparan halaman iaitu peningkatan sebanyak 128% berbanding bulan sebelumnya. Bagi jumlah pelawat unik pada bulan Disember 2013, MyTetikus mencatat peningkatan sebanyak 90.3% kepada 98,832 0rang.

Kami mensasarkan pencapaian ini akan lebih meningkat setiap bulan melalui strategi penambahbaikan kandungan serta pelaksanaan promosi secara berterusan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengiklanan, sila berhubung dengan kami melalui emel ke media[at]mytetikus.com atau syafiee[at]mytetikus.com. (Gantikan [at] dengan simbol @)







