Seperti yang kita tahu Samsung tidak jemu dalam mengeluarkan pelbagai variasi telefon pintar siri Galaxy. Terkini Samsung mengumumkan model siri Galaxy yang terbaru dikenali sebagai Samsung Galaxy Grand yang mempunyai saiz skrin bersaiz 5 inci.
Walaupun ia mempunyai nama yang tampak gah, namun ia adalah sebuah telefon pintar dalam kategori pertengahan. Apa yang mengecewakan ialah resolusi skrinnya hanyalah 800 x 480 walaupun saiz skrin adalah 5 inic. Walau bagaimanapun, spefikasi Samsung Galaxy Grand yang lain boleh dibanggakan kerana telefon ini dilengkapi dengan pemprosesan 1.2GHz dual core, sistem operasi Android Jelly Bean 4.1.2 dan kamera hadapan 8 megapiksel.
Spefikasi lain Galaxy Grand adalah storan dalaman sebesar 8GB serta mampu menyokong storan luar sehingga 64GB melalui kad memori microSD, bateri 2100 mAh (sama seperti Galaxy S3), memori bersaiz 1Gb dan seberat 162 gram. Telefon ini turut menyokong fungsi Samsung Multi Window yang membolehkan pengguna membuka 2 aplikasi dalam satu masa.
Galaxy Grand akan dikeluarkan dalam dua versi iaitu dual sim (GT-I9082) dan juga satu sim (GT-I9080). Yang lebih menarik ialah, Galaxy Grand dual sim juga adalah dual-active iaitu fungsi yang membolehkan pengguna menerima panggilan daripada kedua-dua sim secara serentak. Untuk makluman pembaca, agak sukar untuk mencari telefon dual-sim yang juga mempunyai keupayaan dual-active. Buat masa ini, pihak Samsung masih belum mengumumkan harga Galaxy Grand dan tarikh pelancaran secara rasmi.
Sumber : Samsung Tomorrow





