Hari ini, Celcom telah membuat kemaskini terhadap senarai telefon pintar 3G bagi rebet RM 200 di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) dengan menambah 7 lagi model telefon termasuk iPhone 5 dan BlackBerry Bold dengan pelan pascabayar Celcom First. Di samping itu, Celcom turut menawarkan 11 pilihan telefon pintar dengan pelan prabayar Xpax tanpa ikatan kontrak. Untuk makluman pembaca, pada 1 Januari yang lalu, Celcom hanya menawarkan Samsung Galaxy Y di bawah inisitif PKB ini.
Celcom agak lambat di dalam mengemaskini senarai telefon selepas had maksimum RM 500 harga telefon pintar dimansuhkan oleh kerajaan pada 2 Januari yang lalu. Untuk makluman pembaca, kebanyakkan syarikat telekomunikasi telah mengemaskini senarai telefon yang ditawarkan kepada belia seperti berikut:
- 31 Disember – Yes 4G tawar 1 telefon pintar 4G (prabayar)
- 1 Januari – TuneTalk tawar 7 model telefon pintar (prabayar)
- 6 Januari – Clixter tawar 6 model telefon pintar (prabayar)
- 8 Januari – Digi tawar 14 telefon pintar dengan pilihan pascabayar (kontrak) atau prabayar
- 8 Januari – U Mobile tawar 17 model telefon pintar (prabayar)
- 11 Januari – Maxis/Hotlink tawar 6 pilihan telefon pintar dengan pilihan pascabayar/prabayar
Senarai Pilihan Telefon Pintar Dengan Pelan Pascabayar Celcom First (Dengan kontrak)
Celcom menawarkan 8 pilihan telefon pintar kepada belia dengan pelan pascabayar mereka iaitu Celcom First dengan ikatan kontrak sama ada 12 atau 24 bulan. Dengan melanggan pelan pascabayar Celcom First, belia bukan sahaja mendapat rebet RM 200 daripada kerajaan tetapi turut mendapat diskaun tambahan daripada Celcom, tetapi dengan ikatan kontrak.
Senarai Pilihan Telefon Pintar Dengan Pelan Prabayar Xpax (tanpa kontrak)
Celcom turut menawarkan 11 pilihan telefon pintar dengan pelan prabayar Xpax. Oleh kerana ia adalah pelan prabayar, belia tidak perlu risau kerana tiada ikatan kontrak dikenakan. Walau bagaimanapun, bagi pengguna baru (bukan pelanggan Xpax sedia ada), anda perlu membuat pembelian Pek Permulaan Xpax. Bagi pengguna Xpax sedia ada, anda hanya perlu membuat tambah nilai (reload) untuk melayakkan anda membuat pembelian telefon pintar dengan rebet RM 200 dari Celcom. Sangat mudah.
Disamping pilihan telefon yang pelbagai, Celcom turut menawarkan insentif istimewa kepada pelanggan Xpax iaitu Monthly Freebies yang mana pengguna akan diberikan sms dan kuota data internet percuma setiap bulan dengan hanya membuat tambah nilai sebanyak RM 30 atau RM 50. Insentif ini akan diberikan sehingga 4 bulan berturut-turut dengan syarat pengguna membuat tambah nilai.
Di mana pembelian telefon pintar boleh dibuat?
Untuk makluman pembaca khususnya bagi belia yang layak mendapat rebet RM200 ini, pembelian telefon pintar ini sama ada dengan pelan pascabayar atau prabayar boleh dibuat di 73 buah premis Celcom di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelan pascabayar dan alamat premis Celcom ini, pembaca boleh melayari laman web di bawah:
Walaupun Celcom agak lewat menyenaraikan telefon pintar di bawah Pakej Komunikasi Belia, namun, senarai pilihan telefon dan pelan yang ditawarkan terutama pelan prabayar Xpax sangat memuaskan. Kelewatan ini mungkin kerana Celcom ingin memastikan apa yang ditawarkan mereka lengkap dan boleh diperoleh di premis perniagaan mereka. Nampaknya, semua syarikat telekomunikasi telah membuat tawaran, apa pilihan belia?







