Syarikat Ninetology Marketing, sebuah syarikat teknologi peranti mudah alih ASEAN memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Ninetology Insight (i9430). Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari laman Facebook mereka, antara spesifikasi Ninetology Insight ialah:
- Pemprosesan 1Ghz Dual Core
- Skrin bersaiz 4.3 inci dengan teknologi IPS
- Kamera hadapan 8Mp dan kamera belakang 2Mp
- Bateri dengan 1,800 mAh
- Sistem operasi Android
Spesifikasi penuh Ninetology Insight belum didedahkan di laman web rasmi mereka dan akan dikemaskini dalam masa terdekat.Walau bagaimanapun, berdasarkan spesifikasi peranti tersebut yang telah dijual sebelum ini, Ninetology Insight juga akan dilengkapi dengan memori bersaiz 1Gb dan storan bersaiz 4Gb.

Yang lebih menarik adalah harga Ninetology Insight hanya RM699. Bagi belia yang layak di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB), anda boleh membeli peranti ini dengan hanya RM 499 selepas rebet RM200. Ada yang berminat?
Untuk mendapatkannya, pembaca boleh berkunjung ke pengedar sah mereka iaitu Clixster, Digi dan TuneTalk.




