HTC Butterfly yang telah diperkenalkan pada bulan Disember yang lalu akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ini adalah berdasarkan promosi awal yang dilaksanakan HTC Malaysia melalui laman Facebook mereka hari ini.

HTC Butterfly menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean dengan sokongan pemprosesan 1.5Ghz Quad-Core Snapdragon S4. Skrin paparan HTC Butterfly bersaiz 5 inci dengan definasi tinggi (HD) dan mempunyai resolusi sehingga 1080 x 1920 piksel pasti akan memberikan warna yang menarik dan imej yang tajam kepada pengguna.
Antara spesifikasi HTC Butterfly yang lain ialah:
- Kamera hadapan 8Mp dan kamera belakang 2.1Mp
- Memori 2Gb
- Storan bersaiz 16Gb
- Dilengkapi sistem paparan HTC Sense 4+
- microUSB, skrin dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 2

HTC Butterfly juga menyokong rangkaian 4G LTE tetapi bergantung kepada pasaran sesebuah negara. Diharapkan HTC Malaysia dapat mengeluarkan HTC Butterfly yang dapat menyokong rangkaian 4G LTE.
Buat masa ini, kami tidak mengetahui berapa harga HTC Butterfly yang akan dijual di Malaysia nanti. Harga HTC Butterfly di Taiwan semasa dilancarkan baru-baru ini dianggarkan dalam lingkungan AS$ 760 (Rm2,280). Kami menjangkakan bahawa harga yang ditawarkan di Malaysia mungkin kurang daripada harga tersebut berdasarkan saingan dari Samsung Galaxy S3 dan iPhone 5. Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaru nanti.




