KEMASKINI (2 Januari 2012) – Jemaah Menteri telah bersetuju had RM500 telefon pintar yang ditetapkan sebelum ini dimansuhkan. Belia boleh memilih apa-apa telefon pintar 3G untuk mendapatkan rebet RM200. Walau bagaimanapun, sekiranya belia ingin membuat perbandingan 23 model telefon yang disenaraikan sebelum ini, pembaca boleh membuat pembacaan di bawah. Gambar dan spesifikasi turut dilaporkan.
Diskaun atau rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk belia akan bermula 3 hari sahaja lagi iaitu pada 1 Januari 2013. Insentif ini hanya diberikan kepada 1.5 juta belia yang menepati syarat sahaja dengan konsep “siapa cepat, dia dapat“. Dalam erti kata yang lain, sejumlah 1.5 juta telefon pintar 3G akan dijual sempena insentif tersebut.
Untuk makluman pembaca, hanya telefon pintar 3G di bawah harga RM500 dan yang disenaraikan oleh syarikat telekomunikasi atau pengedar terpilih sahaja yang dibenarkan bagi mendapatkan rebet RM200. Sehingga 28 Disember 2012, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyenaraikan sebanyak 23 model telefon pintar 3G yang boleh dipilih di bawah PKB. Senarai ini mungkin akan bertambah dari masa ke semasa dan kami menjangkakan lebih banyak pilihan akan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.
Belia-belia yang layak pasti akan membuat perbandingan di antara pilihan model yang ada untuk mendapatkan telefon pintar terbaik dan bersesuaian dengan citarasa masing-masing. Perlu diingatkan bahawa dengan 1.5 juta belia, faktor kebarangkalian untuk anda memperoleh telefon pintar idaman adalah amat sengit. Oleh itu, adalah lebih baik, jika anda membuat perbandingan dan pilihan dalam tempoh 3 hari ini dan mendaftar dengan segera pada 1 Januari 2013 nanti.
Untuk membantu belia yang layak membuat pilihan dengan lebih mudah, kami telah menyediakan artikel ini dengan menyenaraikan spesifikasi dan gambar setiap model telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB). Kami akan mengemas kini senarai ini dari masa ke semasa sekiranya terdapat pertambahan model telefon oleh SKMM atau syarikat telekomunikasi.
Gambar Telefon Pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB)
Gambar telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk rebet RM200 (Klik gambar untuk besarkan)
Spesifikasi Telefon Pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia
Jadual spesifikasi telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia untuk rebet RM200 (Klik gambar untuk besarkan)
Spesifikasi model telefon pintar 3G di dalam jadual di atas diperoleh daripada pelbagai sumber laman web. Kami hanya membuat spesifikasi penting sahaja untuk dibuat perbandingan. Setelah membuat beberapa pilihan model impian, anda dinasihatkan untuk membuat semakan kedua di laman web rasmi syarikat pengeluar untuk mendapatkan spesifikasi keseluruhan dan keistimewaan yang ada pada telefon tersebut.
Berdasarkan jadual di atas, kita dapat lihat bahawa majoriti telefon pintar tersebut menggunakan sistem operasi Android iaitu berjumlah 15 unit. Manakala 6 unit menggunakan Symbian dan hanya 1 unit sahaja menggunakan Windows Phone.
5 Model Terbaik Pilihan MyTetikus
5 telefon pintar 3G terbaik pilihan kami adalah berdasarkan kekuatan pemprosesan, memori, saiz skrin dan storan. Bagi kami, keempat-empat elemen ini penting bagi sesebuah telefon pintar 3G khusunya untuk kelancaran aplikasi dan sebagai peranti pintar khusus untuk melayari Internet dan muat turun.
Selain itu, fungsi sambungan data menggunakan HDSPA dan WiFi juga penting bagi memastikan kita dapat menggunakan kelebihan telefon pintar untuk melayari Internet dengan lebih laju. 5 pilihan kami ialah (susunan adalah mengikut abjad):
- Alcatel OneTouch 993D – pemprosesan 1Ghz, saiz skrin 4 inci, kamera 5Mp dan storan 3Gb
- Ninetology Black Pearl 2 – pemprosesan 1Ghz, memori 512Mb, skrin 4 inci, kamera 5Mp, dual sim, storan 4Gb
- ZTE Acqua – pemprosesan 1Ghz, memori 512Mb, skrin 4 inci, kamera 5Mp dan storan 4Gb
- Nokia Lumia 610 – Storan 8Gb, kamera 5Mp, skrin 3.7 inci, Windows Phone dan pemprosesan 800Mhz
- Samsung Galaxy Chat – Storan 4Gb, pemprosesan 850Mhz, skrin 3inci.
Kelima-lima pilihan kami menggunakan Android Ice Cream Sandwich (ICS) kecuali Ninetology Black Pearl 2 menggunakanan Android Gingerbread dan Nokia Lumia 610 menggunakan Windows Phone 7.8.
Pilihan kami mungkin tidak sama seperti citarasa pembaca. Apa pilihan dan pendapat pembaca pula? Pilih nombor pilihan telefon pintar 3G seperti di dalam gambar (di atas) dan isikan di ruangan komen di bawah. Kita lihat pilihan mana yang paling tinggi dipilih oleh pembaca MyTetikus.
Bagi pembaca yang ingin mengetahui syarat-syarat permohonan, cara-cara memohon dan mendapatkan telefon pintar 3G (dengan terperinci), pembaca dijemput untuk membaca artikel kami sebelum ini iaitu Diskaun RM200 Telefon Pintar 3G Untuk Belia Bermula 1 Januari 2013.
Sumber spesifikasi dan gambar : GSMArena, laman web rasmi syarikat pengeluar




