Mozilla mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan pelayar web Firefox baru bagi pengguna Android yang mampu menyokong peranti berasaskan pemprosesan ARMv6. Antara model yang menggunakan pemprosesan ARMv6 ialah seperti HTC Status, HTC ChaCha, Samsung Galaxy Ace, Motorola Fire XT dan juga LG Optimus Q.
Sebelum ini, aplikasi Firefox bagi platform Android hanya menyokong pemprosesan berasaskan ARMv7 sahaja. Ia adalah sesuatu yang merugikan bagi pihak Mozilla kerana bukan semua telefon menggunakan pemprosesan ARMv7. Berdasarkan maklumat dari blog rasmi Mozilla, terdapat lebih kurang 500 juta telefon berasaskan platform Android yang menggunakan pemprosesan ARMv6.
Selain itu, antara penambahbaikan dan perbaharuan pada aplikasi Firefox ialah aplikasi TalkBack yang digunakan untuk membaca teks yang dipaparkan pada skrin serta menyokong fungsi Explore by Touch yang diperkenalkan pada Anroid Jellybean.
Mozilla juga turut melancarkan Mozilla Firefox 17 dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas memperkenalkan Firefox versi Android ini.





