Skydrive boleh diumpamakan seperti pendrive alam maya dimana fungsi utamanya ialah penyimpanan file secara online. Dengan menggunakan SkyDrive, anda dapat menyimpan file dan mengaksesnya di mana-mana dan bila-bila masa sahaja asalkan laptop atau komputer anda mempunyai sambungan internet.
Disebabkan Skydrive adalah salah satu produk dibawah Microsoft, jadi untuk menggunakan Skyrdrive anda perlu mendaftar akaun di Microsoft. Anda hanya perlu mendaftar akaun Windows Live dengan alamat seperti email @live.com atau @hotmail.com.
Untuk pengetahuan anda, pendaftaran adalah percuma dan selepas mendaftar anda akan dibekalkan dengan kapasiti penyimpanan sebangak 7GB.
Cara-Cara Mendaftar
1) Buat pendaftaran melalui pautan www.skydrive.com. Klik pada butang Sign Up.
2) Isikan ruangan kosong dengan maklumat yang sesuai.
3) Setelah selesai, anda boleh daftar masuk ke Skydrive.com
4) Selepas daftar masuk, anda akan nampak paparan seperti dibawah ini dan anda sudah boleh untuk muat naik file-file anda ke dalam Skydrive.








