Kemaskini (20.12.2012) – artikel dikemas kini berdasarkan perubahan kuota data Internet oleh Digi pada 20.12.2012. Rujuk artikel kami “iPhone 5 : Digi tambah kuota data Internet percuma dalam pelan iDigi” untuk maklumat lanjut.
iPhone 5 telah dilancarkan dan dijual secara secara rasmi pada 14 Disember, semalam. Sebelum ini, kami telah mengeluarkan analisis pakej iPhone 5 dari segi penjimatan dan diskaun peranti yang ditawarkan oleh 3 syarikat telekomunikasi utama Malaysia iaitu Maxis, Digi dan Celcom. Seperti yang kami telah maklumkan sebelum ini bahawa analisis pakej iPhone 5 yang kami sediakan dibahagikan kepada 5 bahagian/artikel seperti di bawah:
- Bahagian 1 : Analisis Pakej iPhone 5 16Gb
- Bahagian 2 : Analisis Pakej iPhone 5 32Gb
- Bahagian 3 : Analisis Pakej iPhone 5 64Gb
- Bahagian 4 : Analisis Pelan Panggilan dan Internet
- Bahagian 5 : Analisis Keseluruhan Pakej iPhone 5 (akan menyusul)
Sebagai pengguna yang bijak, kita bukan sahaja perlu melihat penjimatan peranti yang dikehendaki melalui diskaun dan rebet yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi. Kita perlu sedar bahawa penjimatan yang ditawarkan tidak datang bergolek kerana kita terikat dengan kontrak sama ada 12 bulan atau 24 bulan untuk melanggan pelan panggilan dan Internet oleh syarikat telekomunikasi.
Apalah gunanya penjimatan yang diperoleh sekiranya kita salah memilih pelan panggilan dan Internet yang tidak bersesuaian dengan penggunaan purata bulanan dan membayar lebih dari sepatutnya setiap bulan. Di penghujung kontrak, mungkin apabila dianalisis, kita sebenarnya rugi.
Dalam analisis kami ini, kami akan pecahkan jadual perbandingan 12 pelan panggilan dan Internet dari 3 syarikat telekomunikasi kepada 3 peringkat iaitu:
- Bayaran bulanan di bawah RM 100
- Bayaran bulanan di antara RM 101 hingga RM 200
- Bayaran bulanan di atas RM 200
Ini adalah bagi memudahkan pembaca membuat perbandingan dengan analisis penjimatan dan rebet peranti iPhone 5 yang telah kami sediakan sebelum ini. Di setiap peringkat tersebut, kami akan membuat analisis dari 2 sudut iaitu panggilan (termasuk SMS,MMS) dan data Internet.
Untuk menjadi pengguna yang bijak, kita perlu menilai atau membuat anggaran terlebih dahulu penggunaan purata bulanan sendiri sama ada dari segi penggunaan panggilan/sms/mms dan dan keperluan data Internet setiap bulan. Bagi kami, perkara paling penting adalah berapa jumlah data Internet yang pembaca perlukan setiap bulan.
Kenapa? Ini adalah kerana, perbezaan kadar panggilan atau sms di antara kesemua pelan tidak jauh berbeza. Manakala bagi data Internet, kadar yang dikenakan agak jauh berbeza.
A. Bayaran Bulanan Bawah RM100 (tidak termasuk rebet)
Berdasarkan jadual di atas, kita dapat lihat bahawa Maxis dan Digi menawarkan kuota data Internet paling sedikit iaitu 1GB, manakala Celcom menawarkan kuota data paling besar iaitu 4.05Gb. Manakala Digi dan Maxis masing-masing menawarkan kuota data sebanyak 2Gb. Walau bagaimanapun, dari segi peruntukan minit panggilan, jumlah sms/mms, Celcom menawarkan jumlah paling sedikit iaitu hanya 267 unit berbanding pesaing mereka dengan jumlah unit keseluruhan di antara 300 hingga 553 unit.
Dari segi kadar caj lebihan penggunaan bagi kadar panggilan di antara keempat-empat pelan adalah hampir sama iaitu 15 sen seminit. Yang berbeza hanya bagi kadar sms Celcom iaitu 15 sen bagi 1 sms berbanding Digi dan Maxis yang menetapkan kadar 10 sen bagi 1 sms. (Kami beranggapan purata pelan Maxis iValue Simple adalah 10 sen bagi 1 sms dengan mengambil kira 5 sen sms bagi operator sama dan 15 sen bagi operator berlainan).
Sekiranya pembaca hanya menggunakan Internet bagi tujuan biasa sahaja seperti Facebook, WhatsApp atau melayari laman web dengan anggaran data 1Gb sebulan, pelan Maxis iValue Simple adalah pilihan kami. Walaupun pada mata kasar, pelan iDigi 88 menawarkan 100 tambahan sms berbanding pelan iValue Simple, tetapi dengan perbezaan bayaran bulanan sebanyak RM 38 (bersamaan 380 sms) di antara kedua-dua pelan tersebut, Maxis menawarkan lebih penjimatan.
Jika pembaca menggunakan Internet dengan jumlah pindahan data yang lebih besar seperti muat turun gambar, menonton video atas talian dan menghantar emel dengan lampiran fail yang besar dengan kerap, Celcom menawarkan pelan terbaik dengan kuota 4.05 Gb iaitu hampir 2 kali ganda dari pelan Maxis iValue 1 walaupun perbezaan bayaran bulanan kedua-dua pelan tersebut hanya RM 2 sahaja.
Walaupun demikian, Maxis menawarkan lebihan unit panggilan dan SMS dengan jumlah 266 unit dengan nilai anggaran RM 26. Tetapi, sekiranya anda telah habis menggunakan kuota data Internet pada pelan Maxis dan ingin menambah kuota tambahan, nilai RM 26 tersebut hanya mampu memberikan anda tambahan lebih kurang 200Mb sahaja.
B. Bayaran Bulanan RM101 hingga RM 200 (tidak termasuk rebet)
Keempat-empat pelan di antara RM101 hingga RM 200 menawarkan kadar caj lebihan panggilan dan sms yang hampir sama kecuali bagi Celcom Premier + mPro (RM128). Manalaka dari segi kuota data Internet bermula dari serendah 3Gb 4Gb yang ditawarkan Digi Maxis kepada kuota paling besar iaitu 6.1Gb yang ditawarkan oleh Celcom Primier + mPro.
Sekiranya pembaca hanya memerlukan kuota data Internet 3 atau 4 Gb 4 atau 5 Gb, pakej Maxis lebih menawarkan penjimatan walaupun perbezaan bayaran bulanan RM 17 Digi menawarkan lebih penjimatan berbanding Maxis dan Celom. Ini adalah kerana lebihan jumlah minit panggilan berjumlah 117 unit panggilan dan tambahan 1Gb berbanding pelan Digi. Walau bagaimanapun, sekiranya kebanyakkan sms pembaca adalah kepada operator lain, Digi menawarkan lebih penjimatan kerana peruntukan 400 sms (bernilai RM 40) oleh Maxis hanyalah kepada operator yang sama. Kenapa perlu bayar unit yang kita tidak gunakan.
Dengan penambahan 2Gb dalam kuota data Internet oleh Digi, pelan iDigi menawarkan pelan terbaik di antara keempat-pelan di atas. Walaupun Celcom Primier+mPro menawarkan kuota data sebanyak 6.1Gb, tetapi dengan perbezaan bayaran bulan sebanyak RM30 dan lebihan jumlah minit panggilan dan sms yang ditawarkan oleh Digi menyebabkan kami memilih Digi. Walau bagaimanapun, sekiranya pembaca memerlukan kuota melebihi 5Gb, pembaca tiada pilihan kecuali Celcom kerana Digi tidak menawarkan tambah nila kuota data Internet sekiranya telah habis digunakan.
C. Bayaran Bulanan RM 200 dan ke atas (tidak termasuk rebet)
Pelan dengan bayaran bulanan di antara RM 201 hingga RM 250 menawarkan data kuota Internet yang hampir sama iaitu di antara 5Gb hingga 6.2Gb 6Gb hingga 7Gb. Agak mudah bagi kami membuat perbandingan dengan persamaan tersebut. Kadar caj lebihan penggunaan juga adalah hampir sama dan adalah paling murah di antara keseluruhan 12 pelan yang ditawarkan.
Jika dibandingkan di antara pelan Celcom dan Digi dengan bayaran bulanan yang sama iaitu RM238 sebulan, Celcom Elite+mPro iDigi 238 menawarkan lebih penjimatan dengan lebihan kuota data internet sebanyak 1.2 Gb 0.8 Gb yang bernilai lebih kurang RM 15. Tetapi Bahkan, Digi menawarkan lebih penjimatan dengan jumlah lebihan 100 unit sms/panggilan berbanding Celcom dengan nilai RM10.
Jadual Keseluruhan 12 Pelan Panggilan dan Internet
Pilihan kami di atas hanyalah berdasarkan pecahan mengikut bayaran bulanan. Pembaca mungkin memandang dari sudut yang berlainan. Di samping itu, analisis kami di atas adalah dengan beranggapan penggunaan panggilan/sms/mms di dalam lingkungan pakej yang ditawarkan.
Sekiranya penggunaan panggilan/sms/mms oleh pembaca adalah besar, kami cadangkan pembaca meneliti jadual keseluruhan di bawah. Mulakan dengan pelan data kuota Internet dan bandingkan dengan jumlah panggilan/sms/mms yang diberi dengan penggunaan semasa pembaca.
Di bawah ini, kami paparkan jadual keseluruhan pelan panggilan dan internet yang ditawarkan oleh ketiga-tiga syarikat telekomunikasi merangkumi 12 pelan yang berbeza.
Apa pilihan pembaca berdasarkan jadual di atas? Kongsikan pilihan anda di ruangan komen di bawah. Sekiranya pembaca ingin membuat analisis berdasarkan syarikat telekomunikasi, pembaca boleh merujuk kepada artikel kami sebelum ini seperti senarai di bawah:
- Maxis – Harga iPhone 5 serendah RM0.00 dengan pelan iValue
- Digi – Harga iPhone 5 serendah RM164 dengan pelan iDigi 238
- Celcom – Harga iPhone 5 serendah RM278 dengan Pelan Celcom First Elite
Diharapkan artikel kami dapat membantu pembaca membuat pilihan yang terbaik. Perlu diingatkan bahawa pakej terbaik bagi setiap individu adalah berbeza kerana keperluan, bajet dan penggunaan pelan adalah berbeza. Bagi kami, yang paling penting pembaca dapat membuat kajian dan analisis bagi mendapatkan pakej dan pelan terbaik dengan jadual yang kami sediakan.
Pilihan kami di atas hanyalah berdasarkan pecahan mengikut bayaran bulanan. Pembaca mungkin memandang dari sudut yang berlainan. Di bawah ini, kami paparkan jadual keseluruhan pakej iPhone 5 16GB yang ditawarkan oleh ketiga-tiga syarikat telekomunikasi merangkumi 12 pelan yang berbeza dengan kontrak sama ada 12 atau 24 bulan.








