Sempena pelancaran iPhone 5 yang akan dilancarkan esok (14 Disember), kami akan membuat analisis pakej pembelian iPhone 5 yang ditawarkan oleh 3 syarikat telekomunikasi utama di Malaysia iaitu Maxis, Digi dan Celcom. Analisis bertujuan untuk membantu dan memudahkan pembaca membuat perbandingan pakej dan penjimatan yang ditawarkan oleh setiap syarikat telekomunikasi.
Analisis yang akan dibuat oleh kami akan dibahagikan kepada beberapa bahagian/artikel seperti di bawah:
- Bahagian 1 : Analisis Pakej iPhone 5 16Gb
- Bahagian 2 : Analisis Pakej iPhone 5 32Gb
- Bahagian 3 : Analisis Pakej iPhone 5 64Gb
- Bahagian 4 : Analisis Plan Panggilan dan Internet
- Bahagian 5 : Analisis Keseluruhan Pakej iPhone 5 (akan menyusul)
PAKEJ iPHONE 5 64GB DENGAN KONTRAK 12 BULAN
A. Bayaran Bulanan Bawah RM 100 (tidak termasuk rebet)
Terdapat 3 pelan dengan bayaran bulanan di bawah RM100 iaitu 2 daripada Maxis dan 1 dari Celcom. Digi tidak menawarkan sebarang pakej iPhone 5 dengan kontrak 12 bulan. Berdasarkan jadual di atas Celcom menawarkan penjimatan paling besar iaitu sebanyak RM 521 dengan bayaran bulanan RM98.
Pilihan MyTetikus : Celcom First Prime + mAdvance (RM98)
B. Bayaran Bulanan RM101 hingga RM200 (tidak termasuk rebet)
Pakej dengan bayaran bulanan di antara RM101 hingga RM 200 juga hanya ditawarkan oleh Maxis dan Celcom. Celcom mendominasi dengan 2 pelan manakala Maxis dengan 1 pelan. Jika dilihat, pelan Celcom Primier+mPro menawarkan lebih penjimatan iaitu RM781.
Walau bagaimanapun, perbezaan bulanan yang ketara di antara Celcom Primier+mPro dan Celcom Prime+mPro iaitu sebanyak RM 40 sebulan atau RM 480 selama 12 bulan menjadikan Celcom Prime+mPro menawarkan lebih penjimatan dengan RM631.
Pilihan MyTetikus : Celcom Prime+mPro (RM128)
C. Bayaran Bulanan RM200 dan ke atas (tidak termasuk rebet)
Terdapat 2 pelan dengan bayaran bulanan RM200 hingga RM 300. Manakala, bayaran bulanan RM 300 dan ke atas hanya ditawarkan oleh Maxis melalui pelan iValue 4 (RM375 sebulan). Tidak banyak beza penjimatan yang ditawarkan di antara pelan Celcom Elite+mPro (RM238) dan Maxis iValue 3 (RM250).
Pilihan MyTetikus
- RM200-RM300 : Celcom Elite+mPro (RM238)
- RM300 ke atas : Maxis iValue 4 (RM375)
PAKEJ iPHONE 5 64GB DENGAN KONTRAK 24 BULAN
A. Bayaran Bulanan Bawah RM 100 (tidak termasuk rebet)
Bagi pakej dengan kontrak 24 bulan, ketiga-tiga syarikat telekomunikasi menawarkan pelan terbaik mereka. Perbezaan bayaran bulanan di antara ketiga-tiga pelan juga tidak jauh berbeza. Jelas menunjukkan Celcom masih menawarkan penjimatan paling banyak iaitu RM 891. Walau bagaimanapun, perbezaan penjimatan di antara ketiga-tiga pelan tersebut tidak ketara.
Pilihan MyTetikus : Celcom Prime+mAdvance (RM98)
B. Bayaran Bulanan RM101 hingga RM200 (tidak termasuk rebet)
Bagi pakej dengan bayaran bulanan di antara RM101 hingga RM200, sebanyak 4 pelan yang ditawarkan oleh 3 syarikat telekomunikasi. Daripada jadual di atas, pelan iDigi138 dan Celcom Primier+mPro menawarkan penjimatan paling banyak di antara keempat-empat pelan tersebut. Walau bagaimanapun, Digi menawarkan lebih penjimatan kerana perbezaan bayaran bulanan di antara kedua-dua pelan tersebut sangat jauh dengan nilai RM30 sebulan atau RM 720 bagi tempoh 24 bulan.
Pilihan MyTetikus : Digi iDigi 138 (RM 138)
C. Bayaran Bulanan RM200 dan ke atas (tidak termasuk rebet)
Terdapat 3 pelan dengan bayaran bulanan RM200 hingga RM 300. Manakala, bayaran bulanan RM 300 dan ke atas hanya ditawarkan oleh Maxis melalui pelan iValue 4 (RM375 sebulan). Digi menawarkan penjimatan yang lebih besar iaitu RM2015 berbanding 2 pelan dari Maxis dan Celcom. Bahkan, ia menawarkan penjimatan yang hampir sama dengan pelan Maxis iValue 4 tetapi dengan perbezaan ketara bayaran bulanan iaitu RM 137 sebulan atau RM 3,288 selama 24 bulan.
Pilihan MyTetikus
- RM200 ke atas : Digi iDigi 238 (RM238)
JADUAL KESELURUHAN
Pilihan kami di atas hanyalah berdasarkan pecahan mengikut bayaran bulanan. Pembaca mungkin memandang dari sudut yang berlainan. Di bawah ini, kami paparkan jadual keseluruhan pakej iPhone 5 16GB yang ditawarkan oleh ketiga-tiga syarikat telekomunikasi merangkumi 12 pelan yang berbeza dengan kontrak sama ada 12 atau 24 bulan.
Apa pilihan pembaca berdasarkan jadual di atas? Kongsikan pilihan anda di ruangan komen di bawah. Sekiranya pembaca ingin membuat analisis berdasarkan syarikat telekomunikasi, pembaca boleh merujuk kepada artikel kami sebelum ini seperti senarai di bawah:
- Maxis – Harga iPhone 5 serendah RM0.00 dengan pelan iValue
- Digi – Harga iPhone 5 serendah RM164 dengan pelan iDigi 238
- Celcom – Harga iPhone 5 serendah RM278 dengan Pelan Celcom First Elite
Diharapkan artikel kami dapat membantu pembaca membuat pilihan yang terbaik. Perlu diingatkan bahawa pakej terbaik bagi setiap individu adalah berbeza kerana keperluan, bajet dan penggunaan pelan adalah berbeza. Bagi kami, yang paling penting pembaca dapat membuat kajian dan analisis bagi mendapatkan pakej dan pelan terbaik dengan jadual yang kami sediakan.











